Segala pujian bagi Allah,
Tuhan sekalian alam
Selawat serta salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad S.A.W .
keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
kehidupan ini masih lagi bersisa
menenguk pengalaman
menghurai persoalan
mengikut takdir Illahi
masihkah ada peluang untuk kita
terus dan terus berharap
hanya pada Dia
Pemilik Segala Cinta
kenapa kita punya hati?
supaya kita punya rasa
rasa yang menjadi perencah dalam kehidupan ini
penuh ranjau dan liku
semua punya hati
namun adakah hati itu memahami diri
hati yang penuh perasaan
rasa yang baik atau buruk
sampai bila kita merasai sebuah harapan
berharap dan terus berharap
tapi bukan pada sesiapa atau sesuatu
Hanya Pada Pencipta
Pemilik Segala Harapan
kita yang membuat pilihan bukan sesiapa
kita yang berharap
kita yang menjalani hidup ini
cukuplah berharap pada yang tidak selayaknya
berhenti dan berubah
berbicara dengan hati
bersangka baik lah dengan Allah
pujuk hati sendiri
tiada yang mampu mendidik hati
hanya dengan iman dan taqwa
hati pasti mulia
akan terus berbicara dengan hati
sekalipun ianya faham
tapi perlu sentiasa ditegur
kerana hati ini penuh rasa
No comments:
Post a Comment