Friday, September 14, 2012

Erti sebuah rindu

alhamdulillah 
dikurniakan rasa ini
walaupun kadangkala membuat hati ini sebak tiba2
rindu itu akan hadir dalam hati 
tatkala kita berjauhan dengan orang atau sesuatu yang kita sayang
kenapa rindu ini datang menjengah hati
kerana dirimu sedang merindu
mungkin belum saat terlunas rindu ini
pada detik ini luahkan rindumu 
pada pemilik segala rasa 
hanya padaNya
Ya Allah, pelihara rasa rindu ini pada yang layak
peliharalah hati dan iman kami insan yang merindui
sampai hembusan rindu 
nyalaan kasih
deraian cinta 
pada yang dirindui 
kurniaanMu 
anugerah terindah dalam hidup kami
yang menjaga dan bersama kami 
tiada ganti mereka
kasih sayang mereka yang merelakan hati ini merindu 
pada kasihMu ku berserah 
padaMu ku rela menjadi perindu
demi jihad ini

P: tak salah merindu....kerana rindu itu rasa kurniaan Allah buat kita....
rasa yang memeriahkan hati kita....
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...