Ungkapan yang indah yang mengambarkan Islam itu indah dan mulia. Kita boleh lihat di mana tahap kesabaran dan keikhlasan kita apabila kita diberi ujian oleh Allah…sedarlah dugaan itu adalah tanda Allah masih sayangkan kita sebagai hambanya yang selalu ingkar dengan suruhan dan mudah terleka dengan kenikmatan dunia yang hanya seketika. Dengan dugaan juga Allah mahu kita sedar siapa diri kita di dunia ciptaan Allah yang indah ini…kita adalah hamba Allah yang istimewa diberi akal fikiran dan memengang amanah untuk mengimarahkan dunia ini walaupun malaikat pada awal tercipta nabi Adam. Malaikat tidak yakin yang kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang berat itu …kita kadangkala tidak sedar yang kita jarang atau sukar mengucapkan syukur apabila kita diberi nikmat. Jauh sekali untuk bersyukur dengan dugaan yang Allah berikan…pelik kan bunyinya bersyukur dengan dugaan yang menimpa…di saat kita bersyukur apabila kita ditimpa dugaan, di saat itu kita adalah hamba Allah yang ikhlas dan sabar menghadapi dugaan…dan ketahuilah sangat sukar menjadi hamba Allah yang sedemikian rupa…kita bermohonlah agar nikmat itu sebagai satu anugerah buat kita yang dapat mengembirakan hati dan membahagiakan hidup kita…tapi sebaliknya apabila kita alpa dengan nikmat yang diberi pasti anugerah itu menjadi cubaan buat kita…ingat2 lah…
Selain itu, dugaan itu sebagai satu latihan untuk kita mendidik hati kita untuk bersabar dan ikhlas juga reda dengan takdir itu…takdir kita telah Allah persiapkan sejak kita tidak mengenali apa itu takdir…sukar dan sangat sukar mendidik hati kita untuk sabar dan ikhlas…bila kita mampu sabar, kita pasti akan dapat ikhlaskan hati dan reda… tapi sebaliknya jika kita tidak mampu sabar dan cepat melatah bila kita diuji , kita mustahil ada ikhlas itu dan mungkin jika kita berusaha pasti ikhlas itu hadir dan reda itu datang…kesabaran itu penting pada peringkat awal kita diuji tapi kita tidak mampu mengundurkan waktu kita diuji itu…tapi jika kemarahan dan ketidaksabaran itu diubat dengan bertenanag dengan tangisan yang mampu meredakan hati yang dilanda tsunami dengan dugaan yang bagaikan tidak tertanggung itu dan berdoa dengan harapan dugaan itu dapat diharungi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan… sesungguhnya dugaan yang Allah berikan itu mengikut tahap keimanan kita…InsyaAllah selagi kita bersabar semuanya akan diharungi dengan mudah…semoga kita semua berada di bawah rahmatnya…
No comments:
Post a Comment