Segala pujian bagi Allah,
Tuhan sekalian alam
Selawat serta salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad S.A.W .
keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
adakah kita seorang yang sabar?
sabar yang bagaimana?
adakah kita seorang yang penuh percaya?
percaya yang macam mana?
tepuk dada tanya hati...
rasa di hati tanya iman...
dalam kehidupan ini pernah kita kenal erti kegagalan...
benarkah pada anda kata-kata ini?
"hidup ini umpama roda"
gagal di bawah
berjaya di atas
maknanya kita takkan selamanya akan gagal
dengan apa kita bangkit dari gagal
dengan apa kita kekalkan dan tingkatkan kejayaan
dengan "DUIT"
apa DUIT???
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakal
untuk semua ini kita juga perlukan ???
kekuatan dari Allah
matlamat yang jelas
prinsip yang jitu
bila dikatakan soal berjaya dan gagal
banyak sebenarnya yang termasuk dalam definisi gagal dan berjaya
bukan dalam akademik saja...
tetapi melibatkan kehidupan kita
saya bagi contoh yang lebih jelas dan dekat
di universiti
berorentasikan pointer dalam peperiksaan
bagaimana seseorang yang dapat pointer rendah nak bangkit
jadi best student mungkin first class degree?
dalam kehidupan pula
bagaimana pula seseorang itu miskin
untuk mendapatkan kemewahan?
bagaimana pula seseorang yang tidak memiliki cinta
yang diinginkan untuk mengecapi kebahagiaan?
dengan sabar
kita tetap berusaha tanpa berputus asa
tanda Allah sayang kita
Allah uji kita supaya kita ingat Dia
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)
"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [74:7]
dengan percaya
kita yakin akan qada' dan qadar Allah
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya." [65:3]
nilai sabar dan percaya sangat perlu...
"put your trust in Allah"
Terbaik.. ^_^
ReplyDelete