Saturday, June 30, 2018

DIARI SEORANG GURU 1



Catatan ikhlas dari hati seorang guru yang cintakan dunia pendidikan. Cinta ini kerana Allah.


Bukan la ingin menunjukkan jauh sekali berbangga kerana diri ini juga masih baru. Masih takut melalui  dunia ni meskipun tahun ini tahun kedua dalam dunia ini. Semuanya hanya dengan izin Allah. Coretan diari ini adalah rentetan hobi yang minat dalam bidang penulisan walaupun mengajar matematik tetapi jiwa cintakan nukilan pena yang lebih mudah menyentuh hati.


16/1/2018 tarikh keramat bagi diri ini dipilih Allah bukan hanya KPM untuk menjadi guru yang mendidik ilmu juga jiwa murid-murid di SMKKP. Dan dalam masa yang sama mendidik jiwa diri sendiri. Hari-hari yang dilalui dengan perasaan mendebarkan. Sering berbicara dengan diri sendiri mampukah aku memegang amanah yang sebesar ini.


Guru bukan hanya menyampaikan ilmu tapi membentuk jiwa yang penuh nilai-nilai murni. Menulis dan menyatakan memang mudah tapi melaksanakan tidak semudah itu. Sering mencari-cari solusi membentuk jiwa yang ketandusan kasih sayang dan agak keras untuk dilentur.


Guru juga perlu bijak memberi nasihat dengan kata-kata hikmah yang penuh kelembutan tetapi tegas. Bukan dengan bebelan dan kekerasan memberi hukuman. Jiwa remaja yang keras kalis dengan bebelan yang mungkin biasa didengari daripada ibu bapa mereka. Guru harus bijak memainkan kata-kata. Jika menegur salah, datangi mereka personal dan rapat dengan diri dan telinga mereka. Mereka akan dapat merasakan kata-kata nasihat kita penuh kasih sayang bukan memalukan dan kasar.


Guru perlu banyak sabarnya. Inilah dunia mendidik jiwa untuk sabar. Bukan sabar sampai murid-murid ‘pijak kepala’ pula. Tegas itu perlu dari mula masuk kelas. Bermain dengan emosi mereka. Ada guru yang tak perlu bercakap perkataan diam pun, murid-murid boleh diam. Ada guru tak perlu mendenda pun murid boleh selesaikan kerja masing-masing. Mungkin pada guru lain , guru ini hebat. Tapi sebenarnya ada rahsia yang menjadikan semua itu. Bukan silap mata tapi doa seorang guru yang lemah. Kesabaran dan kekuatannya daripada doa dan zikir yang diamalkan.
  * Tips 1 :  sabar dengan doa dan zikir.
Doa lembutkan hati, zikir Ya Aziz, Ya Jabbar Ya Mutakabbir, zikir Ya Latiff  banyak2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...