Alhamdulillah lafaz penuh nikmat
Allahuakhbar lafaz penuh keagungan dan hebat
Selawat dan salam buat junjungn mulia Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum dan Salam cinta bitara buat semua
Baiklah kali ini nak bercerita tentang cinta
cinta yang bagaimana biasa atau luar biasa
cinta yang mulia atau sia2
Maklumlah ramai sahabat yang dah mendirikan rumah tangga cuti baru2 ni
Rasa terkejut pada mereka
rupanya telah Allah takdirkan mereka berjodohan
semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz
mereka mampu berahsia di alam sosial
tapi nyata setelah dinikahkan
Respect dan rasa bangga untuk mereka yang terpelihara
terpelihara kehormatannya dan maruah
daripada dicanang-canang di alam maya
mungkin saya adalah salah satu stalker yang terkenal di kalangan sahabat
yang mampu mencari maklumat hanya di hujung jari
I'm Stalker but Not a Hacker
sebab itu pentingnya privacy setting
semua di hujung jari
setiap media sosial FB, WhatsApp, Wechat, Instagram, Telegram
ala limit privacy masing2 yang telah di setting oleh owner nya
hari ni stalker someone yang admire dari dulu
banyak dah buku ditulis
aktif dakwahnya
salah seorang sumber insprasi dalam penulisan
pernah membeli naskhah penulisannya
rupanya bukan mudah nak jadi seperti dia dan cinta hati dia
mereka boleh menjaga batasan syarie
tiada yang mustahil jika kita berusaha memelihara
Allah akan bantu setiap usaha mulia
yang kita rasa mustahil itu tidak mustahil
jika benar kita mahu redha Allah
berat dan bukan mudah
nampak pelik lagi berbeza daripada yang biasa2
nak jadi luar biasa mestilah lain daripada biasa kan
moga Allah permudahkan jalan ini
moga Allah redhai
tidak akan Allah pandang semua ini sia2
ada nasihatnya dalam statusnya:
" Letakkan kebergantungan yang tinggi kepada Allah. Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa bersama-sama kita dalam membuat sesuatu keputusan. Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan berikan yang terbaik buat kita. "
semua pasti mendambakan setiap sesuatu dalam hidupnya adalah yang terbaik daripada Yang Maha Sempurna
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
percayalah
PUT YOUR TRUST IN ALLAH
No comments:
Post a Comment