Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar
lafaz mulia mengingati Yang Esa
selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
Untuk semua pembaca
Assalamualaikum
May Allah Always bless you
😍😍😍😍😍😍
Doa
hanya 3 huruf
tapi besar maknanya
Doa pada seorang hamba yang dambakan kasih sayang
dan pertolongan daripada penciptanya
Yang Maha Besar Dan Maha Memiliki segalanya
segalannya apa yang ada di bumi dan di langit
Bila seseorang hamba itu berdoa
terbuktilah dia percaya Allah
percaya hanya padaNya tempat kita memohon pertolongan
Kehebatan doa
memang tak dapat dijangka oleh sesiapa
jika anda seorang ibu dan ayah
doalah baik2 untuk anak2 anda
sekalipun anak2 anda jadi sebaliknya daripada yang anda impikan
ingat hati anak itu milik siapa
milik Allah
doa dan terus doa
insyaAllah keajaiban akan hadir setelah ribuan doa daripada anda
jika anda seorang guru
doalah yang baik2 untuk anak murid anda
sekalipun anak murid anda pernah menyakitkan hati
jangan marah
kerana marah tidak menyelesaikan masalah
anda rasa puas bila marah tapi tiada kesannya
pada jiwa dan hati anak murid anda
zikir dan doakan anak murid supaya lembut hati
mudah diajar dan dididik
jika anda seorang anak
doalah baik2 untuk ibu dan ayah anda
jika ibu dan ayah anda jauh
rindu itu membuatkan anda sering mengingati mereka
jangan ingat je
doalah minta Allah bahagiakan mereka dan jaga mereka
minta diberikan peluang untuk terus berbakti meskipun dari kejauhan
jika anda seorang sahabat
doalah untuk sahabat dunia akhirat
sekali kenal kekal dalam hati dan doa anda
sekalipun mereka semakin jauh daripada anda
kerana masing2 ada kehidupan masing2
tugas dan tanggungjawab
doalah supaya diberikan peluang untuk bertemu kembali biarpun seketika
ingatlah doa adalah ikatan dua hati
yang saling sayang dan mencintai
biarpun jauh tapi dekat dalam doa
No comments:
Post a Comment