Saturday, February 2, 2013

takdirMu buatku senyum


alhamdulillah
atas segalanya dalam kehidupan
yang hanya sementara cuma

kadangkala kita rasa berat
untuk terima sesuatu
tapi bukankah itu adalah takdirNya 

kadangkala kita perlu berusaha 
untuk memiliki sesuatu
mungkin dengan ribuan doa yang tak terhitung
dengan usaha yang bersungguh-sungguh

kadangkala sesuatu yang kita benci 
mampu buat kita gembira
dan lebih menghargai segalanya

kadangkala kita tak jangka pun 
Allah memang HEBAT
maha menguasai dan THE BES PLANNER

kadangkala jika kita berhubung dengan Allah
dalam setiap apa yang kita buat
atau yang bakal kita buat
jangan kita terkejut dan terperanjat
Allah dah rancang takdir kita
dengan hadirnya anugerah yang mampu buat kita
TERSENYUM
:-) :-) :-)

mungkin sesuatu yang kita niat kerana Allah
adalah demi kebaikan diri kita sendiri
dan juga sudah ditakdir
dan kita belajar untuk redha
meskipun sesuatu itu 
akan kita akhiri dengan sebuah keredhaan 
berharganya sebuah anugerah kenangan itu
walaupun bagi kita ianya adalah kali terakhir
mungkin tidak pada takdirNya 
tapi Allah maha mengetahui 
setiap hikmah di sebalik segala takdirnya

 Ya Allah kerana takdirMu 
memungkinkan wajah berseri2 
bagaikan pancaran cahaya
sehinggakan orang sekeliling kita 
dapat merasai aura senyuman atas anugerahMu
alhamdulillah :-)
( > < ) v
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...