Salam buat semua
Alhamdulillah atas segala nikmat
yang dikurniakan
Nikmat yang tak terhitung dariNya
Baiklah kali ini saya berminat
nak bercerita tentang cinta
Maklumlah ramai sahabat yang dah
mendirikan rumah tangga
Banyak juga cerita cinta yang
disiarkan di TV
Mencintai Allah adalah sesuatu
yang layak lagi membahagiakan sesiapun di dunia ini…bukankah kita di dunia ini
mendambakan cinta dan redaNya…Dia selalu memberi kepada kita tapi kita
bagaimana? Cinta kita memang kadangkala rapuh di saat iman mula goyang…
Tiada sesiapun di dunia ini tidak
ingin disayangi dan dicintai? Betul kan? Boleh kata tipulah setipa hati tak
pernah langsung jatuh cinta…hidup kita penuh dengan kasih sayang dan cinta…kenapa
saya cakap macam tu? Mana ada kita tak cintakan dan kasihkan keluarga, sahabat,
ilmu, harta dan yang paling penting dan utama cintakan Allah dan Rasul… taida
siapa bukan yang tak pernah bercinta…sekarang dah setuju tak?
Kadangkala kita mencintai insan
yang tidak halal bagi kita…tapi ingatlah bukan kehendak kita tapi itu kurniaan
Allah juga mungkin satu ujian yang mengukuhkan lagi cinta kita padaNya atau
sebaliknya…ada kalanya demi menjaga apa yang Allah larang meskipun maksiat hati
kita menafikan cinta yang hadir tanpa diduga itu… tapi hakikatnya kita tak
dapat lari dari rasa sesuatu dalam hati kita… ibarat kata-kata ini… “kadangkala
kita menyedari betapa dalamnya kita mencintai seseorang di saat kita sedang
kehilangannya”…
Ya kita perlu rahsiakan apa yang
ada dalam hati kita, InsyaAllah jika kehendakNya pasti “sesuatu yang mustahil
bagi kita tidak mustahil bagiNya”… jika kita mencintai seseorang kita bukan
perlu mengedik atau pergi bercintan cintun dengannya tapi kita perlu
istigkharah dan banyak berdoa supaya apa yang kita rasa itu tidak menjauhkan
kita 0.00000x 10*mm padaNya pun tapi mendekatkan diri kita padaNya…
Andai kita mencintainya kerana
Allah, apa pun terjadi kita perlu sabar… jika kita mampu sabar InsyaAllah akan
datang reda itu sendiri… memang sabar, reda dan ikhlas antara subjek atau
sesuatu yang sangat sukar dalam kehidupan kita… tapi siapalah kita melawan
kehendakNya dan takdirNya yang telah tersusun indah kerana Dialah “the best
Planner”... Dialah maha mengetahui lagi maha berkuasa…
Tiba-tiba orang yang kita cinta
secara rahsia itu ditakdirkannya akan berkahwin dengan sahabat baik kita…macam
mana?
Sakit bukan hati kita…tapi kan
ada kata-kata “kita akan bahagia jika melihat insan yang kita cinta itu bahagia”…sejujurnya
kita tetap rasa sakit… tapi “Allah takkan menduga hambanya lebih daripada
kemampuannya”…
“Dan
sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut,
kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)
Allah
tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Inilah janji Allah dalam kitab
suci al-Quran yang mana selagi kita berpegang kita tidak akan sesat… tidak akan
sesat??? Maksudnya takkan berlaku apa yang terjadi dalam filem dan drama televisyen
seperti dendam, dengki, iri hati,… bukankah Allah dah menjadikan setiap
hambanya berpasangan…
“Kitab (Al Quran) ini tidak ada
keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,” –(Al Baqarah : 2)
“Dan segala sesuatu kami ciptakan
berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”- ( Adz Dzariyat: 49)
Alhamdulillah Allah...
Aku terima cinta ini kerana aku
tahu daripadaMu rasa ini hadir dan kepadaMu ia kembali…
Aku adalah hamba-Mu yang lemah
menghadapi rasa ini…
Bagaikan tidak tertanggung rasanya…
Tapi aku yakin kau akan berikan
dugaan ini untuk menduga hatiku untuk lebih mencintaiMu…
Aku mohon Ya Allh berikan
kekuatan untuk ku laliu hidupku tanpanya…
Tapi aku tahu dan yakin aku ada
MU ya Allah…
Moga kau berikanku kekuatan untuk
mengukuhkan kesabaran, keikhlasan dan keredaan terhadap setiap takdirMu…
P/S : pecayalah jika sabar ada,
reda pasti tiba, ikhlas pasti terasa…Allah telah takdirkan sesuatu yang terbaik
untuk kita… Sungguh cinta itu memang indah andai kita tak tersalah memilih
cinta…cintailah yang selayaknya…
No comments:
Post a Comment