Monday, December 12, 2016

After 2 years ago

Assalamualaikum everyone
Selawat dan salam buat junjugan nabi Muhammad SAW sempena maulidur rasul
1438 H. Banyakkan selawat banyak fadhilatnya.

Alhamdulillah
Tak sangka hari ni gelap 2 tahun sepi di blog ni...
Banyak je nak coretkan tapi biar bicara dengan Allah je la...
Tak ada mood nak menulis...
Tapi hari ada sikit...
InsyaAllah jika Allah izinkan tak lama lagi bertukar status...
Daripada ustazah ke cikgu kembali...
Dua2 seronok...

Nak story sikit...betul ke perempuan ego?
Saya akui ego perlu...sebab jangan terlalu mudah sangat dalam hidup ni tanpa prinsip dan pendirian sendiri...
Kalau perempuan tu ego pada lelaki...tu bukan ego...tu malu atau memang dia nak selesakan diri sendirian...dan mungkin ego sebab nak tegok keikhlasan dan kesungguhan lelaki tu...



Saturday, December 13, 2014

Ku ingin sendiri


Assalamualaikum 
selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W
keluarganya serta para sahabatnya

Alhamdulillah
atas segala nikmat yang tak terhitung 

masa berlalu tanpa meminta izin
berlalu bagaikan angin yang menyapa 
tak sedar pantas sekali 

jujur kadangkala lelah 
jujur kadangkala pilu
tapi masih tidak mengerti sebabnya


fikiran dan hati kadangkala 
tidak sehaluan
akibatnya laku akan selalunya sumbang

mungkin perlukan masa 
untuk sendiri 
mengatur posisi hati dan fikiran
agar tiada langkah sumbang lagi

pasti adakalanya kita perlu muhasabah diri
apa yang telah berlalu 
dan telah kte lewati
perlunya penambahbaikkan
agar tiada kurang dan cela lagi
memang kita tidak sempurna
pada laku, kata dan semuanya
namun masih perlu diperbaiki selalu

ku ingin sendiri buat seketika
melewati akhir tahun 2014 yang pelbagai 
tidak sangka aku telah lewati 
perancangan kita
tapi ianya tiada pasti
apa yang berlaku 
pasti kerana takdir Illahi

rasa hati yang pelbagai 
membuatkan kadangkala kelu
rasakan terlalu banyak maksud 
yang tak dapat disirat dan disuratkan
begitulah Allah mengatur
menegur kita 
tandanya pemilik hati kita rindu
 rindukan tangis kita 
senyumlah Allah sedang rindu kita
kembalilah padaNya
memohon ketenangan hati
mohon kita dapat sesuatu daripada waktu sendiri ini

"I Need Alone"






Tuesday, October 14, 2014

Rupanya Allah rindu

SANTAPAN SEBELUM TIDO
Tajuk tazkirah harini
Allah rindu tu
pernah tak tiba tiba rasa sebak ?pernah tak tiba tiba rasa sedih ?pernah tak tiba tiba rasa rindu ?Tapi semua tak tahu kenapa . Tak tahu sebab apa .sayang sekalian . Itu tanda nya Allah rindu . Allah rindu rintihan doa dan hajat kita . Cuba ingat balik . Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ?
semalam ?
kelmarin ?
minggu lepas ?
tak pernah langsung ?
Allah . Allah ..
sayang .
Bila tiba tiba rasa nak menangis . Sebak rasa macam tak kena . Ingatlah . Allah sedang rindu akan kamu .
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu . Padahal takde ayat touching pun . Tapi kita yang over over nak se sebak pulak .
No no . Itu rasa Allah yang bagi .
Cuba kalau .
Rasa sedih sebak nak menangis .
Kita cepat cepat pergi toilet .
Carik kepala paip . Bukak paip .
Mandi ? Tak . Amik wudhu' . Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu . Konfem makin lebat hujan air mata . Sebab ape ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni .
Hamparkan sejadah . Solat lah . Doa lah . Minta lah . Allah dengar . Allah rindu tu . Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu .
Nah . Lepas siap mengadu . Mesti rasa lega . Sebab Allah dah dengar rintihan kita . Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang .
Sayangg..
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah ,,
tapi .
Kita masih ada lantai untuk bersujud . Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah .
Okay . Jangan sesedih lagi .
La tahzan . Innallaha ma'ana .
sebarkan bahagia
moga Allah Redha
Wallahu'alam..

Saturday, October 4, 2014

teristimewa buatmu sahabatku

Alhamdulillah 
segala puji bagi Allah atas segala nikmat
nikmat Islam Dan Iman
selawat dalam salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W

tiada kata-kata yang mampu ku ungkapkan
hanya setulus doa yang ikhlas dari hati seorang sahabat
yang merasai kehilanganmu sahabatku
air mata membasahi pipi
asyik mengenangkan dirimu 
kebaikan dan segala kenangan kita di saat kita bersama

Allah mengingatkan kami 
kau milikNya 
kami juga milikNya
yang bila-bila masa akan kembali semula padaNya
daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali

awk pergi tinggalkan kami
kami masih rindu 
lama tak jumpa
last reunion kita 

banyak kenangan kita
yang masih segar dalam ingatan kami
kami akan merindui awak 
selamanya

pergilah dengan aman sahabatku
walaupun kami akan merinduimu
awak tunggu kami di sana 
kami juga akan kembali menghadap Illahi
cuma awak pergi dahulu sebelum kami

di dunia kita berjanji bertemu
mencipta kenangan 
namun di sana kita berjanji bersama 
dalam tempat yang damai dan tenang
InsyaAllah kita jumpa di syurga

kiriman salam tak pernah ku berikan
kita bertegur hanya perlu
mencari ruang dirimu menegurku
bukan diri ini tidak menghargaimu
tapi kurang selesa lagi tidak biasa

ingat lagi kata-katamu
seperti di tujukan padaku
"hargailah orang di hadapan kita"
memang awak di hadapan saya
maaf andai tak jadi sahabat yang baik untuk awak

masih segar ingatan awak lah hero
di dalam hutan yang tebal
di malam hari
menjaga pergerakan kami perempuan
kumpulan puteri Islam
menjaga saya dalam game jungle tracking 
awak membantu mengawal pergerakan menggunakan tali
awak pastikan saya dan rakan berjalan dengan selamat
kadangkala berona sama baju raya kita
sampai ada yang cemburu 


saya cukup kenal awak seorang yang baik
walaupun kadang-kadang garang
tapi banyak kebaikan awak yang takkan saya lupa
sepanjang hidup saya
selamat tinggal sahabatku
semoga awak tenang dan damai kat sana
jagakan si kecil Nuraisyah 
kami merinduimu
dan akan sentiasa mendoakanmu





Thursday, October 2, 2014

Teristimewa Buatmu

Alhamdulillah
segala puji bagi Allah 
yang mengurniakan segala nikmat 
selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W

25/9/2014
Pada hari aku diberi nikmat
aku juga diduga
 rezeki ku di dunia 
rezeki mu di Syurga

aku berhijad
kau berjuang untuk syahid
menghapus dosa-dosa 
melahirkan bidadari yang dipilih
menemanimu hanya di syurga
anak yang solehah harapan di dunia
namun kau pergi duhai bidadari 
memberi kesan kepada kami 
kami menantimu 

sayangku Nuraisyah
tak sabar untuk menanti kelahiranmu
tak sabar untuk menatap wajahmu
yang seiras wajah ibu dan ayahmu
tak sabar nak hadiahkan baju baby berwarna hijau 
tak sabar nak melihat gambar2 comel mu
tapi aku hanya sahabat ibu dan ayahmu
ibu dan ayahmu yang masih muda 
yang teruja menantimu
anak sulung mereka

siapalah aku untuk bersedih
siapalah aku untuk berat untuk redha
siapalah aku untuk meratapi pemergianmu
namamu telah aku berikan aisyah sekadar gelaran
kerana aku yakin kau adalah didadari
tidak ku sangka nama itu pilihan ibu dan ayahmu

aku hanya mak cik
yang rindukan dirimu
dari sebelum lahirmu di dunia ini
aku hanya sempat hadiahkan surah Maryam  
mengharap kau menjadi semulia Maryam ibu Nabi Isa
namun tak ku sangka 
bukan hadiahku baju baby hijau
 dan barang2 baby yang lain
tapi hanya bacaan Al- Fatihah dan Surah Yassin
buat mu bidadari Aisyah

alangkah gembira melihat comel ibumu 
mengandungkanmu Aisyah
alangkah teruja dan rajinnya nenekmu
menyiapkan tilam dan bantal yang comel
aku pasti ibu dan ayah 
sudah menyiapkan semua 
keperluan si bidadari 
yang bakal lahir beberapa hari lagi
namun Allah memberitakan kami 
yang kami telah kehilanganmu 
buat selama-lamanya
secara tiba-tiba 
yang tak pernah kami duga

aku hanya mampu melihat
derita dan sedih ibu dan ayahmu 
kehilanganmu yang mengiringi
pemergian atuk ayahmu 
atuk yang menanti cicitnya
tapi Allah takdirkan 
Aisyah pergi sesudah atuk pergi 
beberapa hari sebelummu

berita yang mengejutkan 
dari fb mak busumu 
yang penuh duka dan pilu
air mata mengalir sendiri
status ibumu 
mengharapkan doa dan sedekah Al-Fatihah untukmu
status ayahmu
atuk jagakan anaknya baik2 
tak mampu ku ungkapkan kata-kata
aku takut melukakan hati ibumu
aku rindu sekali untuk bertemu dengannya
hanya doa mengiringi tangis dan rindu


bahagialah duhai bidadari sayang 
Aisyah tunggu ibu dan ayahmu 
di syurga sana
moga Allah berikan mereka kekuatan











Tuesday, September 9, 2014

Berbicara Dengan Hati

Segala pujian bagi Allah,
Tuhan sekalian alam
Selawat serta salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad S.A.W .
keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

kehidupan ini masih lagi bersisa
menenguk pengalaman 
menghurai persoalan 
mengikut takdir Illahi

masihkah ada peluang untuk kita 
terus dan terus berharap
hanya pada Dia
Pemilik Segala Cinta

kenapa kita punya hati?
supaya kita punya rasa
rasa yang menjadi perencah dalam kehidupan ini
 penuh ranjau dan liku

semua punya hati 
namun adakah hati itu memahami diri
hati yang penuh perasaan 
rasa yang baik atau buruk

sampai bila kita merasai sebuah harapan
berharap dan terus berharap
tapi bukan pada sesiapa atau sesuatu
Hanya Pada Pencipta
Pemilik Segala Harapan

kita yang membuat pilihan bukan sesiapa
kita yang berharap 
kita yang menjalani hidup ini

cukuplah berharap pada yang tidak selayaknya
berhenti dan berubah
berbicara dengan hati
bersangka baik lah dengan Allah

pujuk hati sendiri
tiada yang mampu mendidik hati
hanya dengan iman dan taqwa
hati pasti mulia

akan terus berbicara dengan hati 
sekalipun ianya faham 
tapi perlu sentiasa ditegur 
kerana hati ini penuh rasa

Friday, May 30, 2014

Sabar dan Percaya

Segala pujian bagi Allah,
Tuhan sekalian alam
Selawat serta salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad S.A.W .
keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

adakah kita seorang yang sabar?
sabar yang bagaimana?

adakah kita seorang yang penuh percaya?
percaya yang macam mana?

tepuk dada tanya hati...
rasa di  hati tanya iman...

dalam kehidupan ini pernah kita kenal erti kegagalan...
benarkah pada anda kata-kata ini?
"hidup ini umpama roda"

gagal di bawah 
berjaya di atas

maknanya kita takkan selamanya akan gagal
dengan apa kita bangkit dari gagal
dengan apa kita kekalkan dan tingkatkan kejayaan
dengan "DUIT"

apa DUIT???

D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakal

untuk semua ini kita juga perlukan ???
kekuatan dari Allah
matlamat yang jelas
prinsip yang jitu

bila dikatakan soal berjaya dan gagal
banyak sebenarnya yang termasuk dalam definisi gagal dan berjaya
bukan dalam akademik saja...
tetapi melibatkan kehidupan kita

saya bagi contoh yang lebih jelas dan dekat
di universiti
berorentasikan pointer dalam peperiksaan
bagaimana seseorang yang dapat pointer rendah nak bangkit
jadi best student mungkin first class degree?

dalam kehidupan pula
bagaimana pula seseorang itu miskin
untuk mendapatkan kemewahan?
bagaimana pula seseorang yang tidak memiliki cinta 
yang diinginkan untuk mengecapi kebahagiaan?

dengan sabar 
kita tetap berusaha tanpa berputus asa
tanda Allah sayang kita
Allah uji kita supaya kita ingat Dia

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)
"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [74:7]

dengan percaya
kita yakin akan qada' dan qadar Allah



"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan baginya." [65:3]

nilai sabar dan percaya sangat perlu... 
"put your trust in Allah" 



Wednesday, April 9, 2014

terima kasih semuanya

Assalamualaikum
segala pujian bagi Allah,
Tuhan sekalian alam
Selawat serta salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad S.A.W .
keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

terima kasih atas semua yang terjadi
antara kita 
hanya Allah yang tahu
betapa aku menyayangimu 
duhai sahabat-sahabatku

terimalah kasihku ini 
duhai sahabat yang ku amat sayangi

coretan dan nukilan ini
hanya sebagai luahan
hanya sebagai ingatan
buat sahabat-sahabatku 
di dunia
moga di akhirat juga  

terimalah salam sahabatmu ini
doaku agar kita sama-sama 
diberikan kekuatan oleh Maha Pencipta 
Kekuatan

kadangkala mungkin ada rahsia antara kita
namun ikatan hati kita
membuatku merasakan sesuatu di hati 
apa yang cuba kau rahsiakan

berharap agar diberikan 
penyelesaian masalahmu
andai kau rahsiakan
aku tahu Allah lagi Maha Berkuasa
yang lebih layak kau pinta 
Kasih dan IhsanNya

Rahsiamu adalah tanda kau 
lebih percayakan Penciptamu
yang layak diminta pertolongan darinya

duhai sahabatku
kadangkala tiada dayaku 
membantumu setiap saat sukarmu
namun kiriman doa 
dan kepercayaan pada Allah
yang pasti membantumu

salam sayang
salam kasih
buatmu sahabatku 



Thursday, March 27, 2014

INI PILIHAN KAMI




ALHAMDULILLAH



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.





Allah adalah perancang yang terhebat

takdirMu adalah ketentuan hidup hambaMu...

tajuk entry kali ni

"ini pilihan mereka"


mereka memilih untuk berdiam

mereka memilih untuk menjauh

mereka memilih untuk menjaga

mereka memilih untuk berahsia


itulah pilihan mereka 



mereka  juga memilih untuk mencintai 

Allah dengan selayaknya

mereka memilih untuk mengikut suruhan dan menjauhi laranganNya

mereka  memilih untuk mendahului prioriti dahulu

mereka memilih untuk memperbaiki diri dahulu

mereka  memilih untuk mendalami ilmu 

moga baitul muslim yang terbina nanti

diredhai dan diberkahi Allah

dan seluruh insan2 yang dikasihi Allah 





mereka memilih untuk memperkukuhkan iman dulu

mereka  memilih untuk membentuk sahsiah diri dulu

mereka memilih menjauhi fitnah duniawi

mereka memilih menjadikan fitrah itu penuh hikmah



itulah pilihan mereka 

kerana hidup kte hanya sementara

kerana 



Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)


dan mereka memilih 

untuk menjauh 

jauh dari segalanya

kerana


“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)


mereka hanya mendambakan kasih dan cinta Allah

moga usaha yang kecil ini 

Allah pandang mereka :'(


p/s: cemburulah kebaikan mereka dan jihad mereka melawan nafsu...

bagaimana agaknya kita adakah ada kebaikan kita yang mampu dicemburui





Saturday, March 22, 2014

takdirMu ku turuti

alhamdulillah
bukan mudah memikul 
tanggungjawab ini
Ya Allah 
moga kami diberi 
kekuatan untuk meneruskan 
perjungan sebagai khalifah 
di dunia ini
ustaziayatul Alam

"kami akan pastikan kamu dimiliki 
orang yang soleh"

Ya Allah 
moga hasrat mereka
merupakan salah satu takdirMU 

"usaha lah kami akan bantu"
"resume ini diperlukan"

"kalau tak isi boleh kan"
"Bukan wajib kan?"

tertanya 
dan terus hairan
mengapa menolak sebegitu sekali

adakah?
Siapa?


....................................................
?????????????

Monday, March 17, 2014

saya jaga iman saya, awak jaga iman awak



Alhamdulillah
berkesempatan lagi mencoretkan 
rasa cinta yang tersimpul 
rapi dalam ikatan rahsia Illahi


berjiwa cinta duniawi bukanlah yang ku dambakan 
berjiwa cinta Illahi itu yang ku impikan


dia adalah rahsia anda
dan anda adalah rahsia dia

siapa dia ?
siapa anda?


tak payah nak sweet konon
"awak jaga iman saya
saya jaga iman awak"


jika anda percayakan Allah, 
anda jujur dengan agama,
anda patuh perintah dan laranganNya
itu adalah suatu kesempurnaan anda

adakah anda sudah rasa cukup sempurna?
pada siapa?
msnusia atau Allah?

atau anda masih memperbaiki diri
 dan cuba menyempurnakan diri
yang takkan pernah bernoktah kesempurnaannya


adakah anda pernah sibukkan fikiran anda dengan
memikirkan si dia?
adakah anda mampu ingat penciptanya di saat itu?

adakah perlu anda risau tentang si dia?
adakah anda juga risau iman anda?

di mana perhatian anda?
adakah pada si dia atau agama dan ilmu anda?

insan yang benar cinta 
cinta Illahi mendahului cinta- cinta lain

insan yang percaya pada takdir Allah
yang tak pernah membelakangi Allah
tidak meremeh pada setiap laranganNya
tidak menyulitkan perintahNya
tidak pernah risau akan perjalanan hidupnya

kerana Allah kan ada!!!


segala indah jika miliki kepercayaan pada Allah
Allah telah merancang sesuatu yang hebat
percayalah 



kreadit pada gambar sumber inspirasi...
tapi gambar ni suami isteri je...
bukan --------


Thursday, February 13, 2014

di kesempatan ini

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

alhamdulillah 
atas segala nikmat yang tak terhitung olehku
nikmat Islam dan Iman..

اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ



di kesempatan nafas ini
ingin sekali ku coretkan
naskah berbau rindu
pada nikmat ini
untukku nikmati 
sedetik cuma

di kesempatan ini
akan ku dambakan kekuatan
dariMu pemilik sumber kekuatanku
selagi jasadku bernyawa

di kesempatan ini
akan ku mendamba redha mu
untuk mengakhiri 
sesuatu yang telah Kau takdirkan 
untuk ku mulakan

 di kesempatan ini
ingin sekali aku mendekatiMu
memperolehi ketenangan 
yang tak mampu keungkapkan
akan kenikmatan damai hatiku

 di kesempatan ini
ingin sekali aku 
melunaskan rindu di hati ini
hanya sedetik cuma
dalam redhaMu
hanya dengan izinMu

di kesempatan ini
ingin ku membaiki kesilapan lalu
kekurangan dulu

di kesempatan ini
ingin sekali ku kecapi
nikmat kebahagiaan
bersama mereka yang ku 
bakal rindui sepanjang hayatku

Ya Allah, kesempatan ini moga meleraikan simputan, merungkaikan persoalan dan meneguhkan kelemahan




Saturday, February 1, 2014

humblenya mengajar ku

Alhamdulillah 
Allahuakhbar
lafaz yang teramat ku layak lafazkan dengan segala nikmat yang tak terhitung olehku
selawat dan salam buat insan agung yang menanti ku dengan syafaatnya dan kasihnya
Ya Rasulullah


hari pertama 
masuk kls form 4
nama sama dgn my father
senang2 nk igt seorg lelaki  dan seorang perempuan

ptg2 anak murid datang nk bljr
study ptg2 ni kte santai 
bljr sambil bual2 dan minum2

"cikgu (     ) pelakon tau.."
"cikgu nk tegok crite dia"

"Ya Allah, betul ke?"cikgu terperanjat
patutla awl2 msuk kls cikgu ada terfikir 
mcm sama muka dgn pelakon kanak2 dulu
tapi (     ) tak belagak langsung
bljr dengan tekun walaupon
kadangkala suka buat lawak

igt lagi awk nk merajuk 
sbb cikgu pura2 nk angkat tgn
masa awk bercakap masa peksa
tapi sbb Allah nk tunjuk cikgu syg 
ank murid cikgu yg sorg ni
tgn tersangkut di sebalik tudung labuh cikgu
:-)
...........................................................................................

klik klik 
msj 1 :
Assalamualaikum, utk pegetahuan cikgu
ckgu mad zan tlh kembali ke rahmatullah..
marilah kte sme2 derma kan surah Al fatihah kpd arwah 
guru yg byk berjasa kpd kte
msj2 :
asalam ckgu..ni nk bgitau yg ayah amsyar, 
ckgu mad zan mniggal dunia smlm..
 hari ni baru kebumi lps asar..
ckgu knl kan?

msj dibalas :
walaikumsalam..
knl2 ckgu mad zan sakit apa?
ayah amsyar sakit apa?
dalam hati
(Ya Allah dua org sekali meninggal...
 siannya anak murid ku. mesti tak ceria lg mcm dulu)


setelah hampir seminggu
tanpa melihat msj ank2 murid
cikgu pon buka wechat
seorg ank murid post gambar balik 
kenduri tahlil  arwah
dan tulis ayah Amsyar cikgu mad zan 
ditempatkan di kalangan orang beriman


apa?
cikgu terperanjat
rupa2 nya ank muridnya ank cikgu
tapi Humble
tak tahu pon cikgu
maaf cikgu tak tahu
baru cikgu perasaan nama awk
tapi cikgu tak fikir sbb muka awk tk sama
dgn ayah awk...


Wednesday, January 29, 2014

rahsianya seorang insan



Alhamdulillah 
lafaz yang teramat ku layak lafazkan dengan segala nikmat yang tak terhitung olehku
selawat dan salam buat insan agung yang menanti ku dengan syafaatnya dan kasihnya

siapa yang penuh rahsia?

dia adalah jodohku
Allah rahsiakan dirimu dariku
dan Allah juga rahsiakan diriku darimu 
adilkan Allah
sweet penantian ni :-)


Wahai calon Imamku.
Bersabarlah untuk menanti kedatanganku,
Jika memang kita berjodoh, 
Allah pasti akan memberikan 
cinta ke dalam hati kita, 
Bantu aku dengan doa dalam Istikharahmu, 
Biarlah Allah yang mengatur semuanya,
 Kerana pilihan Allah adalah pilihan yang TERBAIK. 


andai kau pernah hadir dalam hidupku
aku minta dirimu mengerti 
kenapa semua itu terjadi
bukan ku menolak tapi aku menjauhi 
semata-mata kerana Allah

jawapannya mudah 
ayat dalam kitab yang mulia
menjadi panduanku dan umat Islam duniawi
Surah Al-Isra' ayat 32
  1.                             "Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu                             perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)."
  2. saya telah letakkan kepercayaan saya pada Allah
  3. tentang kita 
  4. hanya Allah yang tahu
  5. takdir menentukan pertemuan kita


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...