Sunday, September 3, 2017

percaya dan kepercayaan

Assalamualaikum 
selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W
keluarganya serta para sahabatnya

Alhamdulillah
nafas lega dan penuh nikmat 
mensyukuri dengan sepenuh jiwa
InsyaAllah

Percaya 
Percaya kepada Allah 
Husnuzon
setiap berlaku pasti ada hikmahnya
berkata memang mudah
tapi merasai dengan jiwa yang redha itu 
anda sendiri yang merasakan
anda sendiri yang tahu
maka anda lah yang menilai diri
muhasabah diri anda 

bukan mudah untuk percaya
kepercayaan pada Pencipta 
memang sesuatu yang besar nilainya
hati yang tenang bila adanya percaya pada setiap takdirNya
tidak Allah takdirkan sesuatu itu sia-sia


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. [Ali ‘Imran/3:190-191].


bukan mudah percayakan orang lain 
begitu juga orang lain nak percayakan kita
bila dah percaya maka peliharalah kepercayaan itu sebaiknya

adakala dalam hidup kita 
kita dapat memiliki kepercayaan yang besar 
tanpa kita sangka
daripada tak percaya menjadi percaya

pernahkah anda mengalami situasi yang mendesak 
untuk anda cuba percayakan orang lain
walaupun pada awalnya sukar untuk anda percaya
andalah yang menentukan keputusan
anda jangan lupa keputusan bersama istigkharah
bersama redha dan petunjuk Allah
bukan bab jodoh je baru tahu istigkharah πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

mempercayai dan diberi kepercayaan
merupakan tanggungjawab yang besar
sebelum orang percayakan kita 
atau kita nak percayakan orang lain 
kita mesti ada kriteria atau syarat tertentu 
untuk kita menilai dahulu sebelum meletakkan kepercayaan 
pada insan yang tepat


Alhamdulillah
rupanya begitu sukar orang yang sayang kita
melepaskan kita 
percaya akan keselamatan 
saat berjauhan 
meletakkan kepercayaan pada Allah 
menjaga dan melindungi 
dari jauh dengan iringan doa

percayalah 
ibubapa adalah orang yang selalu ingin percayakan anda
meskipun terpaksa 
kerana sayang mereka cuba percaya
kerana sayang juga mereka sukar untuk percaya anda

Alhamdulillah 
untuk kali ini
kepercayaan yang besar 
melepaskan dalam jagaan Allah 
buat kami 
yang telah terpisah hampir 3 bulan
merindui dari kejauhan
kini bersama melewati ranjau berliku

si Maroon 
πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...