Assalamualaikum
selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W
keluarganya serta para sahabatnya
Alhamdulillah
atas segala nikmat yang tak terhitung
masa berlalu tanpa meminta izin
berlalu bagaikan angin yang menyapa
tak sedar pantas sekali
jujur kadangkala lelah
jujur kadangkala pilu
tapi masih tidak mengerti sebabnya
fikiran dan hati kadangkala
tidak sehaluan
akibatnya laku akan selalunya sumbang
mungkin perlukan masa
untuk sendiri
mengatur posisi hati dan fikiran
agar tiada langkah sumbang lagi
pasti adakalanya kita perlu muhasabah diri
apa yang telah berlalu
dan telah kte lewati
perlunya penambahbaikkan
agar tiada kurang dan cela lagi
memang kita tidak sempurna
pada laku, kata dan semuanya
namun masih perlu diperbaiki selalu
ku ingin sendiri buat seketika
melewati akhir tahun 2014 yang pelbagai
tidak sangka aku telah lewati
perancangan kita
tapi ianya tiada pasti
apa yang berlaku
pasti kerana takdir Illahi
rasa hati yang pelbagai
membuatkan kadangkala kelu
rasakan terlalu banyak maksud
yang tak dapat disirat dan disuratkan
begitulah Allah mengatur
menegur kita
tandanya pemilik hati kita rindu
rindukan tangis kita
senyumlah Allah sedang rindu kita
kembalilah padaNya
memohon ketenangan hati
mohon kita dapat sesuatu daripada waktu sendiri ini
"I Need Alone"
No comments:
Post a Comment