ALHAMDULILLAH
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Allah adalah perancang yang terhebat
takdirMu adalah ketentuan hidup hambaMu...
tajuk entry kali ni
"ini pilihan mereka"
mereka memilih untuk berdiam
mereka memilih untuk menjauh
mereka memilih untuk menjaga
mereka memilih untuk berahsia
itulah pilihan mereka
mereka juga memilih untuk mencintai
Allah dengan selayaknya
mereka memilih untuk mengikut suruhan dan menjauhi laranganNya
mereka memilih untuk mendahului prioriti dahulu
mereka memilih untuk memperbaiki diri dahulu
mereka memilih untuk mendalami ilmu
moga baitul muslim yang terbina nanti
diredhai dan diberkahi Allah
dan seluruh insan2 yang dikasihi Allah
mereka memilih untuk memperkukuhkan iman dulu
mereka memilih untuk membentuk sahsiah diri dulu
mereka memilih menjauhi fitnah duniawi
mereka memilih menjadikan fitrah itu penuh hikmah
itulah pilihan mereka
kerana hidup kte hanya sementara
kerana
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)
dan mereka memilih
untuk menjauh
jauh dari segalanya
kerana
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
mereka hanya mendambakan kasih dan cinta Allah
moga usaha yang kecil ini
Allah pandang mereka :'(
p/s: cemburulah kebaikan mereka dan jihad mereka melawan nafsu...
bagaimana agaknya kita adakah ada kebaikan kita yang mampu dicemburui
No comments:
Post a Comment