Monday, March 11, 2013

prinsip masing-masing berbeza

Alhamdulillah 
atas nikmat Islam dan nikmat-nikmat yang tak terhitung olehku...
dikurniakan lagi buah fikiran daripada perhatian...
InsyaAllah moga pandangan ini dengan redhaNya dalam mencari hikmah
dan moga pandangan ini bukan dengan mata tapi dengan mata hati yang tulus... 

okla nak kongsi cerita sikit sambil relaks jap buat RPH...
jom fikir jap apa prinsip hidup anda?
setiap orang mesti beza-bezakan...
tiru mungkin boleh tapi takut tak mampu je nak pegang prinsip tu...
better ikut kemampuan sendiri...

terutamanya masa muda ni la nak 'list' kan apa yang anda nak...
apa yang tak nak...
apa yang boleh buat dan apa yang tak...
buatlah prinsip anda tu ikut apa yang disuruh dan jauh daripada yang dilarang dalam Islam...
Prinsip tu jangan terlalu ketat untuk anda patuhi...
tapi kalau dalam Islam sendiri melarang  "jangan sesekali kita menghalalkan apa yang diharamkan"...

straight to the point...
sebenarnya saya nak anda sedar apa prinsip anda dalam kehidupan remaja...
ya remaja dan awal dewasa kira 20-an adalah sasaran saya untuk perkongsian ni...
sebab bagi saya sangat perlu prinsip hidup seperti prinsip cinta...
walaupun saya rasa remaja sebenarnya tak perlu rasa apa itu 'cinta terlarang lg dilarang Islam'
kerana bagi saya usia muda ni la nak kukuhkan lagi cinta Illahi dan Rasul...
yang masih sememangnya goyah dan sering dilanda pasang surut...

kalau kita tak ada prinsip kita tak tahu apa yang kita buat...
semuanya pun tak ada matlamat...
sedih juga bila dengar 'si tudung labuh' gugur di medan jihad melawan nafsu 'cinta'...
mungkin semakin meningkat usia semakin bertambah bilangannya...
mungkin faktor terdesak nak kahwin agaknya...
tapi jangan kerana fitrah itu kehidupan kita penuh fitnah...
tak takutkah kamu apa nak jawab di hadapan Allah jika kita ditanya apa urusan kita dengan insan yang tidak halal bagi kita...
sedangkan anjing dan babi yang haram kena samak...
agaknya yang lelaki ajnabi tu macam mana?
fikirlah mungkin kita terlepas kat dunia ni...
tapi akhirat kita macam mana agaknya...
jangan kita mendirikan masjid dengan binaan yang tidak baik...
ada jodoh InsyaAllah...
mungkin mudah kita muslimah ni nak tukar penampilan lebih solehah InsyaAllah...
tapi hati pun kena ubah dan kuat...
pakaian saja tak cukup untuk kita menjadi calon 'wanita solehah'
nak jadi seindah perhiasan dunia bukan suatu yang mudah...
perlukan usaha yang istiqamah, ketegasan yang teguh...

jangan jadikan cinta itu bahan gurauan...
jangan jadikan cinta itu inspirasi dalam menuntut ilmu...
jangan jadikan diri hamba cinta...
cinta pada manusia hanya bersifat sementara...
kerana dalam al-Quran dah nyatakan...

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 
(Surah Al-Ankabut ayat 64)

duhai muslimah,
berusahalah untuk jadi solehah,
memang bukan mudah tapi InsyaAllah Allah permudahkan,
tegaslah walaupun anda digelar perempuan sombong,
ketegasan dan akhlakmu mampu membuatkan golongan adam takut biarpun hanya namamu,
sifat pemalu itu sangat perlu tapi biarlah bertempat,
tidak perlu takut pada sesuatu yang tidak Allah larang,
cubalah segalanya dalam kehidupan,
wanita solehah bukan wanita lemah yang terlalu lembut,
tidak lembut pada perjuangan,
tidak lembut pada maksiat yang datang,
jangan pernah biarkan cinta yang penuh nista dalam hidupmu,
kerana cinta itu hanya menjauhkan dirimu pada pemilik cinta abadi,
cinta yang abadiMu hanya milik Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...