Saturday, March 16, 2013

bila muslimah itu bermusafir



Alhamdulillah...
atas segala nikmatMu, Ya Allah...
kadangkala terfikir bagai tk layak diri ini memiliki segalanya...
semoga diri ini dan semua ingat nikmatNya dan sentiasa bersyukur dan tidak kufur nikmatMu...

Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah (tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Ya Allah, Alhamdullilah selamat mengharungi cabaran bermusafir...
hanya Allah yang menjaga kami ketika itu...
di tengah bandaraya yang sibuk dan ramai dengan manusia...
penuh cabaran dan pelbagai masalah...
banyak jenayah...
diganggu oleh orang yang tak dikenali bagai satu kemestian bagi muslimah yang berada di situ...
tapi Alhamdulillah janji Allah yang tertutup itu lebih dilindungi InsyaAllah...
kami hanya diganggu cuma seketika walaupun beberapa orang yang tak kami kenali...
kami saling menjaga antara satu sama lain...
kami sayang antara satu sama lain kerana Allah...
maka hanya Allah menjadi saksi segalanya...

berpisah kerana destinasi berbeza...
sorang diri mengatur langkah menjauhi sahabat...
ku tinggalkan mereka dengan kata2 terima kasih dan hati2...
dalam hati ku iringkan doa buat diriku dan mereka...
pulang menyelesaikan tugasan sebagai bakal pendidik InsyaAllah...
Alhamdulillah kami dipermudahkan...

terfikir diri ini bagaimanakah muslimah yang belajar jauh diperantauan
patutlah ada di kalangan mereka memilih untuk berkahwin...
kerana muslimah memang sepatutnya bermusafir dengan mahramnya...
InsyaAllah lebih terpelihara...
tapi itu mereka mungkin tidak pada diri ini dan sahabatku...
lebih memilih dan tiada pilihan...
hanyamampu belajar berdikari dan cuba beranikan diri...
membawa beg yang berat2 seakan sudah biasa...
walaupun ada yang berkata tidak elok perempuan membawa beg berat...
tapi apakan daya...
hanya Allah yang memberi kekuatan yang tak selalunya ada pada semua muslimah...
moga ada hikmah buat kami yang bermusafir kerana Allah... 



 1) Boleh Muslimah bermusafir tanpa mahram dengan syarat musafir itu hendaklah sesuatu yang bermanfaat, bukan sekadar melancong dan berjalan-jalan. Manfaat yang dimaksudkan di sini seperti menuntut ilmu, dakwah.
 2) Ia mestilah disertai dengan syarat yang ketat, antaranya:
a) Keselamatan terjaga (jika menaiki kenderaan, hendaklah berkonvoi dengan pihak lelaki, dan bukan dalam satu kenderaan).
b) Jika menaiki kenderaan awam, hendaklah ada lelaki-lelaki yang mereka percayai turut bersama.
c) Hendaklah mereka berada dalam kumpulan Muslimah yang musafir bersama, bukan berseorangan bermusafir.
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...