Thursday, November 29, 2012

jadilah seindah mawar berduri


alhamdulillah
bertemu lagi dalam blog ni
untuk coretan yang seterusnya
melihat pada situasi sekarang 
dan bila dah baca buku "cinta High Class"
Cintaku Kerana Agamamu

memang banyak bezanya jika seorang muslimat itu
seperti indahnya sekuntum mawar
tapi untuk didekati atau disentuh sangat bahaya
kerana ia memiliki duri
hakikatnya itulah wanita sebenarnya
dan sepatutnya
memang bila mana kita jadi wanita 
seperti mawar berduri
kadangkala kita diuji dengan perasaan cemburu melihat org lain berkasih 
dibelenggu dengan rasa ingin dikasihi juga
juga rasa sunyi
tapi hakikatnya darjat seorang wanita solehah sangatlah tinggi 
dan memerlukan pengorbanan
lihat sahaja masa kini
untuk bercinta itu sangat mudah sekali
bertukar pasangan 
yang lelaki boleh pilih je mana-mana perempuan yang dia mahu
sekejap je dah dapat 'couple'
cuba tanya lelaki berani tak dengan wanita yang tegas prinsipnya
yang menjaga ikhtilatnya
yang menjaga pandangan, tutur katanya,
pakaiannya dan agamanya
mereka pasti takut sangat 
bila dengar nama wanita itu juga buat semua 
lelaki yang mengenali siapa pemilik nama itu 
pasti takut dan gerun
 lihat sahaja memang wanita yang menjaga segalanya
tak ada 'pakwe'
tapi semua lelaki yang mengenalinya pasti menghormatinya
nak bercakap pun takut...
cakap kalau perlu
tak berani nak gurau-gurau
biasanya wanita ini jika diusik hanya lelaki yang tak kenal siapa dia
bila dia di luar gurauan itu bagaikan angin yang berlalu sahaja
tiada yang berubah apa-apa
ketegasannya memegang prinsip hidupnya 
 berlandaskan syariat
wanita yang ingin memiliki darjat yang tinggi di sisi Allah
sangat takut dengan larangan Allah
"jangan mendekati zina"
zina hati juga sangat dititik beratkan dalam hidupnya
tidak menghiraukan pandangan manusia
bersederhana dalam semuanya

semuanya baginya "Kerana ALLAH"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...