Sunday, July 1, 2012

jadilah anugerah terindah


Alhamdulillah setelah diam yang panjang 
mungkin agak sibuk sedikit
dan InsyaAllah sedang cuba2 menulis 2 naskhah buku
satu motivasi yg tak pasti tajuknya
satu lagi novel cinta  Islamik
nak juga jadi macam Fatimah Syarha
pandai tulis dan berbicara
InsyaAllah sedang develop dalam diri
ok back to my blog topic...

jadikan diri kita anugerah yang terindah
peringatan untuk diri ini dan semua...
apa yang tertulis di bawah tiada kaitan dengan sesiapa
jika ia doa jadikan doa untuk kita
jika ia suatu kisah jadikan ia  pengajaran
Ya Allah padaMu aku bermohon 
jadikanku anugerah terindah buat mereka
sehingga aku sentiasa dalam doa mereka,
sentiasa menenangkan hati mereka dan 
melahirkan rasa syukur mereka memilikiku 
dalam kehidupan ini
buat insan2 yang ku kasihi
ibubapaku, keluargaku, sahabat2ku,
masyarakat & jodohku

jadikanku anugerah terindah setelah ibubapaku menanti beberapa bulan
mungkin ada antara kita yang orang kata tak rupa ibubapa kita
mungkin kita adalah anak yang dalam kandungan yang banyak masalah
mungkin kita anak yang lahir dalam keluarga yang miskin
mungkin kita lahir tidak sempurna
tapi jadikan diri kita anak yang membanggakan 
bukan daripada result peksa je
tapi segalanya apa yang kita buat dan amalkan
jadilah anak yang akan membuat ibubapa kita
mendapat sedulang emas  di sana nanti
yang dinantikan daripada semua ibubapa
kerana kita merupakan anak2 yang soleh dan solehah
yang sentiasa mendoakan ibubapa
yang berbuat amal ibadat dan amal kebajikan 
walaupun mereka ada depan mata
atau jauh sgt2 sehingga tak terkira jaraknya

jadilah anugerah terindah buat sahabat2 dan masyarakat
mungkin kita dapat menjadi pembantu rakan2 di saat mereka susah
mungkin kita menjadi penasihat di saat mereka 'down'
mungkin kita dapat menjadi contoh muslimah atau muslimin yang baik
mungkin kita dapat jadi contoh anak yang soleh atau solehah

jadilah anugerah terindah buat insan masa depan
kita perlu jadi soleh atau solehah dulu
jaga perbatasan dari segi akhlak, pergaulan dan amal ibadat kita
jaga penampilan kita, jaga masa silam kita,
dan jaga segalanya seperti yang telah Allah tetapkan
dalam aturan kehidupan orang Islam
semoga kita adalah anugerah terindah buat insan yang tidak diketahui 
walaupun perlukan penantian yang panjang
dan penuh liku di zaman kini
jika mawar jagalah mekar dan harumanmu
jika kumbang jagalah sayap dan kaki2mu
tidak disentuh meskipun sehujung jarimu 
jadilah sesuci air mutlak yang menyucikan 
tidak dipandang dan tidak memandang






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...