Saturday, February 25, 2012

hati jodoh akal


alhamdulillah...
di atas segala2nya...
petang2 ni sambil wat assignment tgn ni nak tulis sesuatu...
baca satu artikel pasal...
TUHAN MEMBERI KITA HANYA SATU HATI...
agak2 ye kenapa ye?

bila cakap pasal hati....mestilah ada kaitan dengan cinta...

bila kita fikir2 pasal cinta adalah kaitan dgn akal...
orang yang berakal akan ingat janji Allah...
dan takut langgar larangan...
terutama dalam mencintai...

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yangg baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula)…” (QS. An-Nur: 26)

inilah janji Allah untuk kita semua...

so takyah nak bimbang yer...

yang muslimah tu takyah nak cari2...

bila tiba masa, tempatnya...

kita tahulah siapa jodoh kita...

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

tiba2 jadi simpati dan sedih...

cuma hanya membaca kata2 di bawah ni...

pasal air mata...

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.

Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”

klaulah memang airmata itu milik pasangan yang saling mencintai...

tapi semuanya kerana dirahsiakan...

kerana mereka menjaga apa yang Allah larang...

dan mereka percaya janji Allah...

kerana mereka Cinta kerana Allah...

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. di sinilah kita belajar redha dengan takdir Allah bab jodoh...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...