Tuesday, February 14, 2012

aishiteru...




CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU KERANA ALLAH DAN HANYA DALAM DIAM SAJA.

CIRI-CIRI LUARANNYA.

1. Dia malu bertentang mata dengan kamu.

2. Dia cuba elakkan diri daripada mendekati kamu.

3. Dia sukar bercakap dengan kamu kerana terlalu gugup.

4. Dia takkan mesej atau call walaupun tahu nombor telefon kamu.

5. Dia lambat atau sukar ‘add’ kamu di facebook.

6. Jika kamu ‘add’ dia di facebook dia akan terima tapi tak pernah ‘like’ status kamu atau berani komen dekat wall kamu.

7. Dia sangat mengetahui tentang kamu walaupun tak berbicara dengan kamu.

8. Dia memahami masalah dan keadaan kamu.

9. Dia tak pernah meragui kebolehan dan tindakan kamu.

10. Dia ambil berat tentang kamu walaupun dia hanya mendengar khabar kamu daripada orang lain.

11. Dia selalu ketawa atau tersenyum bila kamu buat kelakar walaupun dia sedang melakukan sesuatu.

12. Dia kelihatan sedih bila kamu ada masalah dan muram.

13. Dia selalu sokong apa yang kamu buat dengan gaya malu-malu kucing walaupun orang lain tak setuju dengan kamu.

14. Dia selalu menyampaikan ilmu-limu yang baik untuk kamu.

15. Bila hari jadi kamu mungkin semua orang wish tapi dia hanya diam saja kerana dia wish dalam hatinya.

16. Dia selalu perhatikan kamu daripada jauh.

17. Dia akan senyap tiba-tiba bila kamu lalu di hadapan dia walaupun dia sedang bergembira dengan kawan-kawan lain kerana dia gugup bila tak sengaja kamu mendekati dia.

18. Dia adalah orang yang paling malu bila datang rumah kamu.

19. Dia akan nampak marah atau matanya berkaca bila kamu dimarahi.

20. Dia akan risau bila kamu tak sihat.

21. Dia kelihatan tak bersemangat bila kamu tak ada.

22. Dia akan menjauhi kamu bila kamu bercinta dengan temannya tapi dia tetap baik dengan temannya.

23. Dia akan suka apa yang kamu suka seperti lagu, warna dan lain-lain.

24. Dia akan menggunakan kata-kata yang pernah kamu pernah ungkapkan kerana semua tentang kamu dalam ingatannya.



CIRI-CIRI DALAMANNYA.


1. Dia akan tersenyum bila nama kamu disebut atau tertera di dalam buku-buku.

2. Dia akan selalu sebut nama kamu di rumah dan ketika sendirian.

3. Dia suka jika dikaitkan atau digosipkan dengan kamu.

4. Dia akan nampak berubah wajahnya bila nampak kamu dengan teman lelaki/wanita.

5. Dia akan menulis tentang kegemaran, kenangan dan lawak-lawak kamu dalam diarinya.

6. Dia akan menitiskan air mata bila teringat kenangan bersama kamu atau terdengar lagu-lagu jiwang.

7. Dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu.

8. Dia akan berasa sangat sakit kerana terluka tapi dia tak pernah menbenci kamu.

9. Dia akan redha dan ikhlas melupakan kamu jika benar kamu bukan jodohnya.

10. Dia akan menanti kamu jika benar kamu jodohnya.

11. Dia akan merindui kamu kerana dia tahu cintanya pada kamu kerana Allah dan Allah yang berhak mengambil atau membiarkan cinta itu dalam hatinya.

12. Dia takkan pernah meluahkan dan memaksa kamu mencintainya kerana dia tahu cinta tak semestinya bersatu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...