Sunday, July 31, 2011

alhamdulillah bertemu Ramadhan



ramadhan bulan yang dinanti yang berbeza daripada bulan2 yang lain...bulan ini bukan setakat jaga makan minum sepanjang waktu berpuasa tapi jaga juga pancaindera...jaga pergaulan, percakapan, pemikiran dan sebagainya...waktu menjaga amal...

mula2 niat tu nak kena betul dan ikhlas...bukan puasa sekadar macam adat bulan puasa tapi tuntutan kita sebagai hamba Allah yang beriman...

Lafaz niat ringkas:   نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadan kerana Allah Taala.   Lafaz niat lengkap:   نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.   Lafaz niat sebulan:   نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala. 


                                      

ok jom kita hayati lagu ni...sangat bermakna!!! :)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna... Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


Ya Allah... Sampaikanlah kami pada Ramadhan-Mu... Hati terasa basah, mengenangkan betapa bertuahnya diri andai menjadi pilihanMu.....teruslah memilih kami Ya Allah... untuk berada di bulan sucimu ini.. Kamilah hamba-Mu yang lemah dan hina... Mengharap kasih sayang-Mu... Mengharap tarbiyah dari-Mu... Mengharap maghfirah keampunan-Mu... Mengharap fadilat Ramadhan-Mu...Ya Allah... Siapalah kami tanpa rahmat keampunanMu...

jadikanlah ia taman tarbiyyah...hari2 yang lebih baik dari hari semalam....buat penghapus dosa, pembaik amalan, buat sekalian hamba-Mu yang hina dina ini...

Hanya kepada-Mu lah Ya Allah,
kami berserah diri...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.........
kami merindui kedatanganmu.

                                                                         


2 comments:

  1. selamat berpuasa juga zati...:)teringat kte buka sama2 dgn kimah & su...solat terawih...rasa best sgt kte semua masa tu kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...