Kita sebagai hamba Allah dikurniakan satu hati…kenapa satu hati??? Jawapannya kerana hati yang satu itu hanya memiliki satu cinta suci dan sejati…kadangkala kita merasakan kita cinta dua orang…tapi nilailah yang sebenarnya…saat itu anda akan sedar yang sebenarnya satu cinta tapi seorang lagi hanyalah suka sebagai teman menemani dikala hati sepi…tapi hati tidak akan sepi jika Allah sentiasa di hati dengan ziki, hati akan tenang dan tiada sepi lagi…bila hati sepi dan sunyi mulalah syaitan laknat nauzubillah cuba menarik kita ke lembah maksiat dan dosa…sesungguhnya kita tidak mampu memiliki segala-galanya di dunia ini…termasuklah cinta…setuju tak??? Walaupun mungkin sekaya mana pun kita, kita tak mampu menukarkan apa yang tidak ditakdirkan untuk kita dengan pelbagai cara…seperti dalan filem ayat-ayat cinta…sehingga sanggup menfitnah orang yang dicintai kerana terlalu kecewa dan takut…kenapa perlu kita melakukan semua yang jahat demi mahu memiliki sesuatu yang bukan milik kita…redakan saja dan ikhlaskan hati , doakan semoga dia bahagia dengan orang yang dicintainya…InsyaAllah kita juga akan bahagia…sememangnya cinta itu tak memaksa kita untuk setia, jujur dan berkorban tapi cinta itu memerlukan dan sangat2 memerlukan setia, jujur dan banyak pengorbanan…cinta tidak boleh dipaksa… “bab2 perasaan ni kita tak boleh paksa orang” satu ungkapan yang menyedarkan hakikat perasaan itu…jika kita mampu memaksa seseorang yang dicintai itu, diri ini yakin dan pasti sukar sekali mendapat kebahagiaan dalam cinta yang kononnya mampu dipaksa itu…cinta juga tak boleh dijual beli…walaupun sayang dan cinta bagaimana sekalipun kita kat ‘si dia’, kita tak mampu menghilangkan cinta orang lain terhadap ‘si dia’ dengan wang ringgit…perasaan ini kadangkala memaksa kita untuk berpura2 dengan pelbagai cara sehinggakan orang yang kita cintai tak dapat ‘detect’ yang kita sebenarnya cintakannya…mungkin banyak sebab yang mampu diungkap dan memaksa untuk melakukan banyak pengorbanan dalam cinta…hanya orang yang faham erti cinta saja yang takkan memaksa untuk memiliki cinta yang bukan miliknya…dan janganlan pernah kita mempersoalkan takdir Allah kalau ‘si dia’ bukan milikmu…kerana jika dia jodohmu walau di mana pun kamu berada pasti kamu akan dipertemukan dengannya juga bila tiba masanya…J banyakkan sabar ye!!!
No comments:
Post a Comment