wanita mudah mendapat pahala dan juga mudah untuk dapat dosa. Segala yang dilakukan akan diperhatikan bukan sahaja Allah dan malaikat tetapi golongan Adam yang akan menjadi penilai kehebatan seseorang wanita itu. Sukar menjadi mutiara di dasar laut yang berkilau dan mahal juga tidak dapat dilihat dengan mudah tanpa usaha dengan menyelam hingga ke dasar laut nan biru. Damainya berada di dasar laut indah dan nyaman hati melihat pemandangan jarang dapat dilihat seperti di darat. Begitu mudah menjadi permata yang akan berkilau dan memukau perhatian kaum Adam yang sememang mendatangkan dosa lagi dilaknat. Wanita Islam haram memakai wangi-wangian, gelang berbunyi, pakaian nipis & menyerlah dan kasut yang berbunyi.
"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."
(At-Tin, 95:4-6)
Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :
Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Di luar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga.
(Dipetik daripada buku: Apa kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik)
(Dipetik daripada buku: Apa kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik)
Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni. Maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya.
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar."
Melawan nafsu adalah jihad! Benar, inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri setiap wanita. Dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah wanita yang dulu dipandang lemah merupakan insan hebat kerana mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".
No comments:
Post a Comment