Sunday, August 26, 2012

raya sudaaaa :-)

alhamdulillah 
syawal datang :-)
Ramadhan pergi :-(
bila fikir2 agak2nya sempat ke kita nak jumpa 
Ramadhan tahun depan
alhamdulillah tahun ni dapat menikmati bulan puasa 
dengan keluarga
tahun depan dah tak dapat la 
tapi lagi sedih yang tak dapat balik kampung langsung
mungkin sebab tugas ke
belajar ke

bila raya meriahnya dengan bunga api
tapi tak berani la main mercun
seumur hidup tak pernah main
hati2 tau main mercun!!!
bukan apa mercun dah tentu bahaya
tapi bunga api pun boleh jadi bahaya di tanganku
teringat masa kecil...
orang cerdik sangat
bunga api biasa dibuka dan dikumpulkan belerangnya
dan bakar!!!
alamak!!!
tiba2 bau hangus rupa2 ada rambut dan bulu mata yang hangus
sejak tu takut nanti mercun jadi meriam plak

bila raya semua sibuk buat persiapan 
beli tu beli ni
tapi kita fikir tak pasal orang2 yang tak mampu???
bersederhanalah dalam menyambut hari raya
walaupun simple pakaian kita tapi biarlah ia menutup aurat
dan InsyaAllah mampu memberi sentuhan halus
 di hati insan yang tidak menutup selayaknya
walaupun hari raya kita jangan lupa syariat :-)

bila raya sibuk buat kuih raya
alhamdulillah tahun ni 5 jenis 
tapi ingat penat2 mengadap wat kuih tu 
jangan lupa apa yang wajib
lepas solat InsyaAllah rasa lega badan 
 kira senaman bila pinggang kita dah lenguh 
rukuk dan sujud dapat legakan lenguh dan penat
kita tak lupa Allah walaupun kita tengah gembira
bila raya dapat jumpa keluarga dan kawan2
rasa macam lama tak jumpa
masing2 berubah saiz dan ketinggian
muka dan fizikal dah lain dah
bila sepupu , saudara2 salam cium tangan 
rasa macam dah tua plak
tapi apa yang takleh lupa bila
mereka cakap,"Angah belajar betul2 senangkan mama dan abah"
ermmm rasa sedih pula
tak sangka masih dapat duit raya
malu rasa nak ambil
tapi dah rezeki
t keje tak dapatla
turn bagi duit raya plak
bila jumpa kawan2 gembira asyik senyum je
semua gurau2 macam budak2
pergi rumah cikgu2 sekolah rendah 
buat BBQ
tak sangka cikgu2 ingat lagi 
soalan mereka kat mana sekarang? wat ape?
alhamdulillah mereka senang dengan jawapanku
bila cikgu cerita pasal pelajar kat sekolah
tiba2 plak rasa pening kepala
Ya Allah macam mana la nanti

Bila raya macam2 makanan masuk
mulalah sakit perut
tapi sorryla kerana takut sakit perut
better saya kurangkan makan rumah orang
air pun manis2 jangan minum byk2 t kencing manis plak
 air gas memangtak minum
tapi bagi yang minum kurang2kan la ye 
ok sampai sini je nak coret2 hari raya
ok next update pasal cinta...tunggu t kalau free
cinta yang mengajar saya erti pasrah dan redha :(


Ya Allah, alhamdulillah atas segala nikmat Ramadhan dan Syawal ini
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN :-) 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...