Sunday, March 24, 2013

perlu ke cemburu?







salam semua :-)
Alhamdulillah atas segala nikmat...nikmat Islam dan nikmat iman yang paling berharga...selain banyak lagi nikmat yang tak terhitung olehku dan semua juga... Walaupun kita tak minta setiap yang kita miliki sekarang tapi Allah tetap beri, maka bersyukurlah...jangan jadi hamba Allah yang kufur nikmatNya....Amin....

ok...dah bersedia semua!!!
kali ni saya nak share entry pasal cemburu...Andakah anda seorang yang cemburu?
jika anda seorang yang cemburu, anda cemburu pada siapa? dan kenapa?
jawab dalam hati...maka saya minta anda baca juga dengan sepenuh hati entry yang tak seberapa ni...

first sekali saya nak minta maaf andai ada yang terasa...
mungkin ada kisah yang dikongsikan adalah pengalaman yang pernah anda lalui...
tapi saya mencoretkan hanya sekadar pendapat yang ingin saya kongsikan...

prinsip setiap individu itu adalah berbeza...siapa pun anda ketegasan anda dalam memegang prinsip hidup itu terpulang pada diri masing-masing...prinsip berbeza

sedangkan Rasul kita juga pandai cemburu...tak ada yang kata salah jika seperti Rasullullah...
cemburunya Rasulullah pada yang halal iaitu isterinya...
tapi kita bagaimana jika cemburu hadir sebelum kita halal baginya?

(Isteri kesayangan Rasulullah itu telah difitnah bersama salah seorang sahabat yang bernama Sofwan Ibnu al-Mu'atal.

"Adakah isteri sahabat kamu itu bersama Sofwan? Demi Allah, mereka tidak akan selamat di antara keduanya," kata ketua Munafik ini apabila Sofwan dan Aisyah melintasi Abdullah bin Ubay serta pengikut-pengikutnya di luar pintu Madinah.

Walaupun kata-katanya tidak menyebut dengan jelas berhubung dengan zina, namun apabila sampai kepada pengetahuan banyak orang, mereka yang lemah iman menambah menjadi tuduhan zina buat isteri Nabi SAW.


sejujurnya diri ini rasa geram jika ada yang menjadi mangsa cemburu buta...
sudahlah bercinta buta...nak cemburu pun buta...
buta dengan larangan Allah....

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

duhai muslimah yang lemah tapi mampu mengoncang dunia...
sedarlah kamu bukan manusia dicipta untuk menjadi mangsa cemburu buta lagi hina...
jangan jadikan dunia mudamu untuk menjadi "hamba cinta" semata-mata nafsu belaka...
kamu dihina kerana kononnya cemburu tanda sayang...
begitu juga muslimin yang gagah tapi mudah goyah iman hanya kerana wanita...
memang wanita itu seindah perhiasa dunia...
tapi wanita itu hanya wanita solehah yang tidak dicemari cinta palsu...
tidak memandang dan tidak dipandang...
terpelihara oleh Allah daripada menjadi mangsa cemburu...
muslimin juga jangan jadikan masa mudamu sia-sia belaka...
mengikut kehendak si cinta buta...
yang memiliki antara satu sama lain tanpa redha Allah...

perlu ke kte cemburu pada seseorang yang tidak halal bagi kita...
yang menghalang kebebasan kita menikmati hidup bebas mencari Illahi...
perlu ke kte nak kongsi kehidupan kita dengan entah sapa-sapa...
yang membuat kita jauh dari Allah...
leka dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara cuma...
sanggupkah kita biarkan diri kita dikawal ke mana kita pergi perlu beritahu...
rasanya cukuplah di usia muda hanya perlukan keizinan ibu bapa dan keluarga...
mampukah kita menjaga hati ibu bapa dan keluarga jika kita asyik perlu jaga hati si dia?
kita masih muda untuk mengharungi badai perhubungan seperti itu...
Allah tahu waktunya yang tepat untuk kita jadi seorang yang bersedia untuk menghadapinya...
"semuanya akan indah pada waktunya"

memang jika ada yang membaca adalah insan yang ber"couple"...
saya yakin mereka kurang setuju dengan pendapat ini...
kerana bagi mereka, mereka mampu...
mampukah kamu jika kamu tak telefon atau mesej ibu bapa kamu sekerap mana kamu telefon atau mesej si dia?
mampukah kamu jika kamu lupa memberitahu ibu bapa kamu ke mana kamu pergi? tapi hanya ingat beritahu si dia takut nanti dia marah dan cemburu...takut kena tinggalkan...
mampukah kamu jika larangan Allah kamu buat tak tahu?
itukah kamu kata kamu mampu?

bukankah lebih manis jika cemburu lepas nikah...
itu namanya "cemburu tanda sayang"...
cemburu pun biar berpada...
jangan cemburu lebih sampai hilang rasa hormat, sayang dan kepercayaan... 
pendapat diri ini jika kamu percayakan pasangan kamu...
tiada rasa cemburu...kat sini bukan nak minta suami jadi dayus atau isteri terseksa kerana terlalu percaya...
tapi yakinlah jika pasanganmu soleh atau solehah jangan risau jika sebelum halal buatmu dia telah dijaga Allah sentiasa, masa dia milik kamu juga dia tetap akan dijaga Allah biarpun kamu ada hak menjaganya...
kerana tanpaNya kamu tidak mampu menjaganya...
dan kamu takkan mampu menjaganya sesempurna Dia....

jika kamu masih "single"...
jangan biarkan diri kamu menjadi mangsa cemburu...
kamu berhak memilih jalan hidup kamu tanpa terbatas oleh sesiapa...
kecuali syariat Allah yang memandu kamu ke jalan yang diredhai dan jalan benar...
bebaslah kamu mencari Illahi...
kamu bebas berorganisasi, berusrah, dengar ceramah, melancong, menuntut ilmu di tempat orang, bershopping, makan dan sebagainya...
biarlah sahabat-sahabatmu yang Allah hadirkan untuk kamu, bergembiralah dengan mereka...
Allah juga kurniakan keluarga biarpun adakalanya mereka jauh daripada kita...
tapi doa yang akan buat kita dan mereka sentiasa dekat...
percayalah boleh jadi jika kita ber"couple"...
kita hanya mengharapkan si dia tolong jika kita ada masalah...
buat kita lupa Allah yang lebih berhak kita meminta pertolongan....

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
 ( Al-Fatihah : 5)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...