Wednesday, October 31, 2012

jodoh itu kan Rahsia Allah


alhamdulillah
diberi kesempatan mencoretkan buah fikiran
yang diharapkan dapat memberi kesedaran dan peringatan 
buat diri ini dan semua

alhamdulillah 
seorang lagi sahabat sudah bernikah 
dan termpiasnya semua la sibuk berkomen2 di facebook
yang dengki2, gurau2 dan ada juga yang nak ikut jejak...

"Allah itu maha sweet"
kata2 Fatimah Syarha penulis buku 
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
memang sweet kan bila Allah rahsiakan jodoh kita
pada yang masih tercari2
bersabarlah
Allah dh janji dalam Al-quran pun dah nyatakan
semua dicipta berpasang-pasangan
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya
memang kalau disebut pasal jodoh
memang boleh kelu lidah dibuatnya
memang semua mengharapkan yang terbaik
tapi "Allah the best planner"
semakin meningkat usia semakin seseorang tu risau pasal jodohnya
biasalah mulalah ada yang bertanya "takde lagi ke?'
boleh tak nak jawab macam dalam gambar kat facebook
kalau orang tua tanya "bila lagi ?"kt kita di majlis perkahwinan
kita pergi tanya kat orang tua tu "bila lagi?" kat tempat pengebumian...
ada yang bila orang sibuk cari kat facebooklah, telefonlah
tapi dia sibuk dekatkan diri dengan amalan2 yang orang lain tak buat...
amalan2 sunat dan pergi kuliah atau ceramah agama
orang macam ni pasti takde orang tanya pasal 'pakwe'
kenapa?
jawapan dia mudah tapi penuh makna
"takpelah saya dah ada jodoh cuma belum tiba masanya Allah nak temukan kami
nanti kami dah sedia InsyaAllah"
semua senyap...speechless
ada yang tanya lagi 
"awak nak macam mana ni? kalau tak cari nanti orang lain kebas"
dia jawab,"takde siapa yang boleh kebas jodoh saya sebab Allah dah tetapkan untuk saya...
saya yakin pada takdir Allah...
sekarang dan selamanya Allah tetap jaga dia...
memang kami tak bertemu sekarang...
tapi kami selalu bertemu dalam doa kami..."
seperti ada kata2 kat facebook 
sweetnya kalau dua orang yang saling merindu namun tidak berkomunikasi 
tapi keduanya saling mendoakan di dalam sujud masing-masing....
macam saidina Ali dan Siti Fatimah
akhirnya walaupun mereka rahsiakan cinta mereka tapi akhirnya 
kalau dah memanng jodoh tak ke mana pun...
pemilik tulang rusuk itu akan datang mencari tulang rusuknya sendiri...

cuma kesilapan masa kini perempuan tercari2 lelaki...
bukan itu usaha dalam Islam
penuh maksiat dan zina
tapi berusahalah jadi solehah dulu ...
insyaAllah akan jumpa yang soleh nanti...
ada juga yang "couple Islamik"
tiada hukum halal untuk couple spesis ini
kerana couple itu tetap "HARAM"
dalam al-Quran dah nyatakan
"janganlah mendekati  zina" 
kalau mesej2, call2 atau chat2...
bukan dah dilabelkan zina...
walaupun tak jumpa still zina hati ada kan?
ingat si dia lebih daripada pencipta si dia...
sanggupkah kita dipersolakan di akhirat 
apakah tujuan hubungan kita dengan bukan mahram?
tak takutkah kita jika kita tiada alasan yang kukuh 
tak perlulah hiraukan pandangan duniawi 
tapi bagaimana kita di hadapan Allah

ramai yang mencari yang kaya, kacak, pandai dan sebagainya...
tapi bertanya lagi 
"apa ciri2 lelaki idaman?"
dia pun jawab dengan selambanya,
"sederhana dari semua segi kecuali agama, amalnya dan ilmunya"
 wah termenung juga bila kata2 tu tercetus dari mulutnya...
biasanya orang banyak sangat nak list...
tapi sure susah nak jumpa kerana terlalu sempurna...
tapi sekarang bila fikir balik kata2 tu...
perfect sederhana dari semua segi 
maksudnya dia seorang yang redha dengan takdir Allah untuknya
dan menitikbertakan soal agama, amal dan ilmu...

walaupun kita kadangkala nampak rileks je pasal jodoh
tapi kenyakinan pada takdir cukup membuatkan seseorang itu bahagia...
biarpun perlu bersabar menanti...
tidak haram kita mencintai seseorangmemang rasa itu milik Allah
tapi jika ditakdirkan dia bukan milik kita 
redha dan serahkan kembali cinta itu pada pemilikNya
mudah kata2 seorang ustaz
 bila ditanya bagaimana nak luahkan perasaan kita kat si dia?
"awak kenal dia mungkin dia juga kenal awak...
awak sekarang sedang belajar terus usaha jadi pelajar cemerlang...
cari kerja yang bagus2...
kalau dah sedia segalanya...
masuklah meminang si dia...
tapi jika sepanjang kamu berusaha menjaga hati dan diri kamu
daripada perbuatan zina yang hina lagi keji...
dia telah jadi milik orang...
redhalah memang dia bukan jodoh kamu...
InsyaAllah jodoh kamu ada sedang menanti kamu 
seperti kamu menanti dia...
dengan izin Allah segalanya akan berakhir :-)
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...