Wednesday, March 28, 2012

kerana ada Dia dalam cintamu


ada waktunya hatimu bertanya...
siapa Dia dalam hatimu...
jika dia yang dirimu dambakan...
di saat itu sebenarnya...
harus kau tahu...
ada ruang yang masih kosong...
dalam hatimu untukNya...
yang seharus hanya Dia yang utama...
jangan kau biarkan rasa cinta itu...
menjalar dalam hatimu...
andai kau belum benar-benar bersedia...
sedia memikul tanggungjawab...
mencintaiNya yang agung...
dan membina cinta yang diredhai...
kerana Dia kau jadi malu...
kau malu padaNya...
jika kau tidak mampu mengikut suruhanNya...
dan menjauhi laranganNya...
kerana Dia...
kau takut dilaknat dan terhina...
dipandanganNya...
kerana Dia...
kau belajar ikhlas pada semuanya...
setelah belajar melepaskan sesuatu yang kau sayang...
kerana Dia...
kau jauhkan diri daripada kenikmatan dunia...
kau rendahkan diri...
dan bersederhana dalam semuanya...
kerana Dia...
kau tegaskan diri...
dalam melayari pelayaran kehidupan...
yang penuh cabaran...
walaupun kadangkala kau dipandang pelik...
kerana ada Dia dalam cintamu...
kau masih teguh dalan sebuah penantian...
yang tidak kau tahu bagaimana akhirnya...
tapi kau tetap yakin dengan perancanganNya...
semoga cintamu menjalar...
di jalanNya yang selalu diredhai...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...