Friday, November 18, 2011

diam-diam ubi berisi



assalamualaikum…

sebuah kisah cinta Islamic…

yang patut dicontohi…

dan kisah ini tiada kaitan dan bukan untuk penyindiran…

tapi sebagai pedoman dan contoh…

ok kisahnya….

Bermula lah sesi ambilan...bagi pelajar-pelajar yang cemerlang kat SPM, STPM dan Matrikulasi Alhamdulillah dapat lah mereka masuk universiti…Kononnya orang kata kat universiti la nak cari jodoh…mcm UPSI…(universiti pertemuan suami isteri)…dan ada juga kata (universiti perpisahan suami isteri)…what ever la…

AISHAH>>>+HAIKAL

Nie la 2orang insan yang bercinta Islamic…

Mula sem mereka sem1…excited la nak join satu persatuan yang Islamic juga…dalam pertemuan pertama persatuan itulah pertemuan pertama mereka…Aishah nampak Haikal…Haikal nampak Aishah…tp cuma pandang sekilas saja…ingat tak boleh pandang lama-lama…dosa…

Terdetik di hati Haikal rasa sesuatu yang berbeza…habis je perjumpaan tu…Haikal mengucap Astagfirullah hal Azzim…kerana Haikal terleka dengan perasaan yang hanya menjauhkan dia daripada Dia…

Perjumpaan persatuan satu demi persatu…sampailah habis sem 1...Aishah dan Haikal selalu bertemu di perjumpaan persatuan dan majlis2 ilmu yang diuruskan persatuan mereka…Aishah dan Haikal mempunyai jawatan dalam persatuan jadi sebab itulah mereka selalu jumpa…tapi hanya pandangan daripada jauh…Haikal lebih merasakan perasaan itu daripada Aishah…

Haikal dambaan ramai wanita…dan sering diperkatakan dan dipuja-puja…tak terlepas juga kawan-kawan Aishah yang sering bertanyakan Haikal…setiap kali dia balik perjumpaan persatuan…sampai Aishah rasa pelik…apa yang hebat sangat Haikal tu…

Aishah seorang wanita yang keras hati, tak peduli dengan lelaki…tidaklah seperti Haikal yang dipuja ramai…Aishah lebih ‘low profile’…tapi tidak seperti itu tanggapan Haikal tentang Aishah…Aishah istimewa dan berbeza…

Cuti sem1 Haikal bekerja…waktu kerja bayangan Aishah selalu menghantui hidupnya…bila nampak wanita yang seakan-akan Aishah…dia akan rasa cemas dan gementar…tapi dia hanya mampu bermohon pada Allah ‘jika dia jodohku, InsyaAllah perpisahan ini terpelihara dan pasti ada pertemuan kembali untuk kami’...

Hari berlalu dengan pantas…Haikal dan Aishah kini sem 2…seperti biasa mereka bertemu di perjumpaan persatuan…Aishah tak pernah memberi apa-apa respon…nak pandang pun macam tak sudi…dalam hati Haikal tahu Aishah sedang berusaha menjaga pandangannya…nampak serius orangnya…pasti teguh prinsip hidupnya…Alhamdulillah…

Sem 2…berakhir tanpa disedari…mereka pun dah tamat jawatan dalam persatuan tu…kalau nak sem depan la daftar baru…persoalan... adakah diriku akan berjumpa Aishah…jika aku jumpa Aishah sem depan dalam persatuan ni maka aku akan teruskan niatku…itulah tekad Haikal…

Sem 3…hari pendaftaran ahli-ahli persatuan…Alhamdulillah…Ya Allah!!! Aishah (dalam hati)…baiklah…

"Assalamualaikum, ustazah,"Haikal dengan muka seriusnya.

"walaikumsalam…,"ustazah seakan sudah tahu apa tujuan Haikal."saya nak bincang pasal sesuatu...Aishah…boleh ustazah dapatkan nombor telefon rumah atau ayahnya,"ustazah bersetuju membantu dan ustazah sangat memahami dan sudi menjadi orang tengah.

"baiklah ustazah faham,"ustazah tersenyum dengan pilihan cara yang mulia Haikal untuk merisik Aishah.

" InsyaAllah…jika niat kamu ikhlas pasti Allah permudahkan…tapi boleh ustazah tanya kamu benar-benar yakin dengan keputusan kamu,"ustazah sengaja menguji kesungguhan Haikal.

"saya yakin ustazah…saya bukan nak kahwin dulu tapi saya nak mengenali Aishah daripada keluarganya…tapi tanpa pengetahuannya…kira merisik-risiklah ustazah,"ustazah mengerti.

Ring…ring…ring…"asalamualaikum makcik…saya Haikal…,"dan seterusnya…

Akhir…sem 3…yakin…terima tak terima Haikal tetap akan pinang Aishah…

Rombongan datang…

"mak Aishah tak perlu lelaki dalam hidup Aishah sekarang…Aishah tak sedia…kenapa mak ayah buat Aishah macam ni…apa Aishah nak jawab…Aishah tak tahu siapa dia,"Aishah cuba mempertahankan keputusannya no love time study.

"kejap lagi dia akan datang sekali dengan keluarganya…tapi lelaki yang nak pinang Aishah mak ayah dah kenal. Dia selalu tanya khabar kami dan Aishah.

"kalau Aishah tolak?,"Aishah tetap berkeras.

"Lelaki tu dah cakap dengan mak dengan ayah…dia akan terima apa je keputusan Aishah,"Mak dan ayah seakan sangat suka dengan dia entah sapa entah.

"tapi mak…ayah," Aishah menangis meminta simpati untuk difahami.

"siapa dia nanti Aishah tengok sendiri,"Mak dan ayah berlalu dengan yakin yang Aishah akan bersetuju.

Haikal!!! ...ok sekarang mereka dah bertunang…jika Aishah tak yakin dengan Haikal pasti dia tak terima Haikal…macam ni la kalau betul-betul serius…jangan berani ajak couple tapi takut jumpa keluarga…

Time ni lah mereka ikat perjanjian bersaksikan keluarga Aishah dan Haikal…jika mereka mampu jaga batas-batas, akhlak, hati dan perasaan mereka akan teruskan…jika tidak…anggap je tak ada jodoh…dan hubungan ini menjadi rahsia dan tak ada siapa dekat universiti akan tahu hubungan mereka…

1. tiada mesej, call, YM, skype, Fb, Blog…supaya hati mereka tidak leka dengan perasaan yang mungkin akan hadir…jika mereka memang ada jodoh…pasti mereka dipertemukan dan boleh bercakap bila dah halal nanti…

2. tiada pertemuan/dating…kalau nampak buat tak kenal je…walaupun dalam hati berdebar-debar…sekali pandangan tak dosa…tiada dua kali atau lebih-lebih…dosa…tiada senyuman atau sapaan bagi mereka…

3. tak tahu khabar berita…Aishah dengar tentang Haikal daripada perbualan kawan-kawannya yang admirer Haikal dan khabar daripada keluarga Haikal…Haikal pula hanya dengar pasal Aishah daripada ustazah dan keluarganya…

4. jaga akhlak dan agama…Aishah dan Haikal mendekatkan diri dengan majlis ilmu, solat2 sunat, jumpa ustazah @ ustaz…Aishah semakin menjaga dirinya yang memang terpelihara…tak cakap dengan lelaki, tak berhias yang melampaui batas syariat…Haikal juga menjaga diri supaya dia tidak riak kerana dipuja dan tak tunjuk-tunjuk kealimannya…

5. tiada couple…Haikal dan Aishah hanya senyap je bila orang tanya pasal tak nak cari pasangan ke?kerana dalam hati mereka tahu mereka perlu perkukuhkan cinta mereka pada Allah dulu…baru hadir cinta yang suci untuk mereka…kerana mereka tahu jika ditakdirkan Aishah adalah tulang rusuk Haikal yang hilang, pasti mereka akan disatukan dan tak perlu mencari…bagi mereka tiada kepastian dalam ikatan pertunangan hanya ikatan yang terbatas dan jangka masa ini adalah untuk membentuk dan mendidik jiwa mereka dan ujian sejauh mana mereka dapat teguhkan iman mereka daripada mendekati perkara yang khayal lagi berdosa…nauzubillah…

6. pakai cincin…yang kelakarnya cincin Haikal beri pada Aishah besar…sebab tak pernah jumpa personal so tak tahu la sizenya…mana ada orang beli cincin sendiri sampai besar sizenya…so cincin Aishah berbeza daripada orang lain…ada ikatan benang untuk memuatkan jari Aishah dan tertutup nama Haikal yang tertera kat cincin tu…yang sweetnya cincin tu Haikal tempah istimewa buat Aishah dan daripada duit sejak form 3…Aishah pakai cincin itu tanpa membukanya walau sekali…tak kisahlah orang nak fikir apa…tapi ia tetap rahsia Aishah Dan Haikal…

Menanti sem-sem akan datang…dan dugaan demi dugaan dalam ikatan pertunangan rahsia ini…seteguh mana binaan konkrit, teguh lagi hati, iman dan janji Aishah dan Haikal…

P/S: jangan anggap orang dah berpunya kalau tak tanya…jangan anggap orang yang diam-diam tu belum berpunya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...